Jumaat, 26 Jun 2009

Nik Aziz: Pemuda UMNO lapor polis

KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Anuar ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tindakan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu ceramahnya di Manek Urai pada 21 Jun lalu, tidak berasas dan keterlaluan.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin Pas tersebut kerana tuduhannya boleh mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa di kalangan ahli UMNO dan rakyat Kelantan.

"Pemuda melihat tuduhan Nik Aziz yang menyamakan perjuangan UMNO seperti Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan adalah tidak berasas.

"Sekiranya sama dengan Chin Peng, kita mahu tanya berapa ramai yang telah dibunuh, diperkosa oleh UMNO sejak penubuhannya dan jika sama dengan ajaran sesat, berapa ramai pula disesatkan," soalnya. sumber utusan malaysia

*Tidak sepatutnya seorang ulamak atau Tuan Guru mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan beliau pernah mengatakan perpaduan melayu semasa UMNO dan PAS bergabung dalam BN semasa kempen PRU 1974 adalah rahmat dari Tuhan. Sekarang lain pula cakapnya apabila UMNO dan melayu dianggap musuh oleh beliau.
selamat datang ke blog saya